Friday, November 7, 2014

AKU DIPUKUL, KEPADA SIAPA PATUT AKU MENGADU?

Assalammualaikum w.b.t. awak, awak dan awak semua. 
Long long loooong time no see.
Sihat?
Alhamdulillah, saya di sini sihat walafiat.

Terasa lama sekali tidak menulis. Niat itu ada, idea tu yang tak ada. Terasa otak semakin berkarat. Tak boleh tunggu lagi! Kena asah cepat-cepat. Ya, saya tak menulis kerana saya kurang membaca dan membuka mata. Ohhh~ ruginya saya. 

Sehinggalah hari ini saya dipukul. Saya dipukul parah. Kalau parah, boleh pula berblog? Ok, metafora semata-mata. Saya dipukul dengan soalan-soalan berikut;

Awak beragama Islam? 
Apa itu Islam?
Awak yakin Allah itu ada?
Dia di mana?

Soalan yang sangat asas, tetapi saya terpana. Soalan asas ini tidak dapat saya rungkaikan dengan hebat! Saya kecewa dengan diri saya sendiri. Saya terasa jahil dan saya terasa jauh dari Sang Pencipta. Saya fikir, Allah s.w.t sedang mengejut saya dari kelekaan duniawi. Subhanallah, Allah sayangkan saya, dia panggil saya dekat dengan Dia. Kenapa perlu saya sombong dan mengabaikan panggilan ini.

Tak kiralah apa yang kalian ingin katakan kepada saya. 

Ilmu setiap di antara kita berbeza-beza. Siapalah kita untuk memandang rendah kepada orang lain dan siapalah orang lain untuk mengutuk kita. Kerana kita semua ISTIMEWA. 

Untuk apa saya kejarkan ilmu dunia sehingga saya terlupa untuk mengejar ilmu agama. Sedangkan, itulah ilmu yang abadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sudikah kiranya kita kembali mewarnai dunia penulisan maya dengan hujah-hujah bernas dan ilmiah? 

Thursday, June 26, 2014

BERKERJA DAN TERUS BERKERJA

Assalammualaikum w.b.t semua.
Lama tak jumpa. Ramadhan dah semakin hampir.

Saat aku menaip entri ni, aku bersendiri di pejabat. Yang lain cuti buatan sendiri - al-maklum la, JDT menang la katakan. Aku masih di sini, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang dibayar gaji. Tapi, sebenarnya ia lebih dari itu. Aku di sini kerana ini tuntutan agama. Kerja mencari rezeki itu satu ibadah. Dan aku mencari rezeki yang halal. Takut nanti akan dipersoalkan pula. Eh~ Eh~ cakap pandai, yang pergi tulis blog masa kerja ni tak salah ke? Well, kerja semua dah siap dan bos bagi masa untuk aktiviti bebas. Yahuuu yabedabedu!

Dulu aku tertanya-tanya. Kenapa gaji besar pun kadang-kadang rasa tidak cukup? Tak perasan kemana hilangnya duit gaji tu. Bila dibelanjakan? Memang betul, terkadang aku rasa gaji aku ni tak dapat dinikmati pun. Sehinggalah aku terbaca kisah ini : ANTARA PENDAPATAN RM2,800 SEBULAN, UDANG GORENG DAN ZUHUD dan aku terkesan dengan ayat penulis yang berbunyi;
Orang yang mempunyai duit RM10 juta sekalipun, mungkin rezekinya hanyalah RM500,000
Sejak tu, aku banyak menginsafi diri. Kadangkala aku lupa untuk menyukuri dengan apa yang ada, tetapi nak minta lebih lagi dari Allah. Malunya aku. Tak berterima kasih tapi nak lagi. Hidup aku sekarang ni hampir sama dengan kehidupan penulis blog tersebut. Bearada di zaman kejatuhan. Tapi, dari satu sudut lain, Allah sedang mendidik aku untuk bersyukur, redha dan lebih dekat dengan-Nya.

Ramadhan semakin tiba.

Masa yang sangat sesuai untuk membersihkan hati dan menjadi insan yang lebih berguna. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu makna buat aku.

Selamat menjalani ibadah puasa semua~

Thursday, December 5, 2013

INILAH KEHIDUPAN



Wow, lama betul tak menaip di sini. Bukan setakat bersawang dah laman ni, hampir roboh barangkali. Apa khabar rakan blog yang dirindui sekalian?
Lama tak ketemu, kita semakin menginjak dewasa.
Ya, kita semakin berpijak di alam nyata. Meredah onak duri, hutan belukar kehidupan. Satu perjalanan yang menceritakan ‘INILAH KEHIDUPAN’. Mungkin ianya seindah yang digambarkan, mungkin juga ia sebaliknya. Cerita saya, ada pasang-surutnya. Terkadang ketawa, terkadang menangis. Sesungguhnya nikmatnya kehidupan ada pada berpenat-lelah. Kita perlu redah!
Saya mula mengenali sandiwara manusia, saya mula mengenali apa itu kawan dan apa itu kawan, saya mula mengenali pentingnya bercita-cita, saya mula mengenali hidup tak semudah apa yang dirancang. Ya, terlalu banyak yang saya baru kenali.
Dalam kita khusyuk mendaki tangga kehidupan, pasti ada yang  datang menyapa kita. Dan orang itu mungkin akan jadi kawan seperjuangan atau barangkali lawan. Kita tidak akan pernah berjaya meneka siapa mereka buat kita. Kerana, sifatnya manusia adalah sentiasa berbolak-balik hatinya.
Jadi, apa yang perlu dilakukan, utamakan cita-cita sendiri baru fikir orang lain. Itu apa yang saya belajar juga.
Perjalanan kita berbeza.
Apa yang anda suka, saya tak suka. Apa yang saya suka, anda tak suka. Kita tak boleh memaksa orang terima pemikiran kita sama sepertimana orang tidak boleh memaksa kita terima pemikiran mereka. Adakah ini egois?
Terkadang egois itu perlu. Kerana, hanya kita yang tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita rasa. Kita bisa berkongsi pemikiran, tetapi untuk berkongsi perasaan, ianya hampir kepada MUSTAHIL. Kerana sedih, suka, duka yang kita rasa tidak akan sama dengan apa yang mereka rasa.
Inilah ragam kehidupan, ada masanya kita perlu berdiplomasi, ada kalanya kita perlu egois.
Sekian.